Telegram merupakan salah satu platform yang digunakan ramai untuk bermesej bersama kenalan dan terdapat pelbagai fungsi menarik yang boleh didapati menerusinya. Selama ini kita semua boleh menikmati pengalaman bermesej tanpa sebarang iklan namun perkara ini akan berubah tidak lama lagi.

Terbaharu, Telegram bakal memperkenalkan perkhidmatan langganan berbayar pada harga yang rendah untuk menikmati perkhidmatan tanpa iklan dalam membantu daripada segi kewangan kepada pihak pembangun. Akan tetapi, dikatakan pengiklanan hanya dipaparkan pada saluran yang mempunyai subscriber melebihi 1,000 dan ke atas sahaja.

Sumber Gambar: Telegram

Dalam erti kata lain, saluran yang mempunyai jumlah subscriber sedikit masih boleh menikmati permesejan bebas iklan seperti biasa. Untuk memastikan privasi pengguna terjamin selamat, pihak Telegram tidak akan menjejaki pengguna sekiranya menekan pada iklan tertentu dan juga tidak membenarkan sebarang pautan luaran supaya tidak boleh dijejaki oleh pengiklan pula.

Anda juga tidak perlu risau kerana permesejan secara individu atau berkumpulan masih bebas daripada iklan setakat ini. Tindakan ini diambil oleh pihak Telegram mungkin juga disebabkan oleh peningkatan pengguna yang mendadak selepas insiden kegagalan akses di Facebook pada bulan lalu.

Tahukah anda Telegram telah menerima jumlah pengguna baharu sebanyak 70 juta sewaktu berlakunya isu di platform Facebook?

Gara-Gara Facebook Gagal Diakses, Telegram Berjaya Terima 70 Juta Pengguna Baharu

Twitter ‘Gembira’ Selepas Facebook, Instagram Dan WhatsApp Gagal Diakses Pengguna

Sumber